Wednesday, November 30, 2011

pabila hujan turun..part 1


‘Ryhia ….payung….’dari jauh aku mendengar jeritan Alia. Aku menoleh melihat dia melambai-lambai payung ditangannya.

‘tak apalah,kau guna dulu,esok kau bagi kat aku balik’ aku mejerit kembali tanpa meperlahankan ayunan kakiku.

Seketika aku berlari, aku menoleh ke belakang,Alia semakin hilang dalam pandangan. Aku perlahankan rentak kakiku, berjalan perlahan-lahan meghayati hujan yang semakin lebat, aku dah tak peduli baju yang basah lencun. Aku mendongak ke atas, membiarkan hujan mebasahi raup wajahku.

Dari jauh aku melihat tempat yang menjadi kegemaranku sejak aku berpindah ke sini.Pokok yang selama ini menjadi sandaran dan peneman waktu sweetsour aku. Aku duduk bersandar bawah pokok itu.

‘ahh…hujan lebat hari nie ‘ gumam ku sendirian. Aku pejamkan mata menghayati setiap titisan hujan.

Imbas kembali

‘jangan dekat…Ummi jangan dekat dengan Rhyia. Rhyia benci Ummi’ aku melontar bantal ke arah Ummi. Air mata yang membasahi wajah,aku biarkan sahaja. Mataku hanya terarah pada orang tuaku sahaja. Aku pandang ke arah Abi yang mula mendekati aku.

‘no..Abi pun sama, jangan dekat dengan Rhyia. Abi penipu, Abi kata semuanya akan okey, apa yang okey nya?’. Aku mula melontar barang yang dekat dengan ku, habis semua barang-barang yang ada atas meja solekku.

‘aarrghh…’aku menjerit bila Abi mula memegan tanganku.

‘aarrghh…lepas lar,jangan sentuh Rhyia…’aku semakin meronta-ronta bila Abi memelukku, aku semakin menjerit nyaring dan tiba-tiba aku terasa sesuatu menusukku,pandangan aku semakin kabur, wajah Ummi yang basah dengan air mata juga semakin kabur dan terus kelam.

‘Dooomm...’bunyi guruh yang kuat menyentak aku dari lamunan aku. Aku melirik pada jam ditanganku, sudah pukul 5 ,aku harus bergegas balik, tubuhku mula merasa kedinginan. Aku lajukan rentak kakiku, bimbang merisaukan Tok Wan dan Tok Ki di rumah.

******

‘abang, mana Rhyia nie?dah pukul 5 nie, biasanya waktu nie dia dah balik’ujar Hajah Rosmah sambil matanya melilau halaman rumah,kalau –kalau Rhyia sudah pulang.

‘sekejap lagi balik lar,kan hujan sekarang nie’ Haji Daud cuba menyedapkan hati isterinya padahal hatinya mula runsing.

‘ tue lar awak,kan saya dah kata,awak patut hantar dan ambik si Rhyia tue. Kalau awak ikut cakap saya benda cam nie takkan berlaku’ Hajah Rosmah memandang raut wajah Haji Daud yang mula berkerut.

‘ish..awak nie,saya memang suka kalau Rhyia tue mahu. Masalahnya Rhyia tak nak,katanya dia lebih suka naik bas tak pun jalan kaki ke sekolah’ ujar Haji Daud panjang lebar.

‘abang pergi lah sekolah Rhyia, mana lah tahu dia tertinggal bas.’ Belum sempat Haji Daud menjawab, kedengaran suara orang memberi salam.

‘assalamualaikum..’serentak itu Haji Daud dan Hajah Rosmah berpaling.

‘ya Allah…basah lencun, kenapa tak telefon je, Tok Ki kan boleh jemput’haji daud menggeleng kepala melihar Rhyia yang basah kuyup.

‘kejap ye..Tok Wan ambilkan tuala’ laju saja kakinya menuju ke arah kabinet.

‘hehehe…kita saja je nak main hujan.’Rhyia memandang raut wajah Haji Daud yang jelas kebimbangan.

‘dah..dah..jom naik’Hajah Rosmah berkata seraya menyelimuti tubuh Rhyia dengan tuala.

‘sejuknya..hehehe’ Rhyia tersengih- sengih menaiki anak tangga.

‘dah,Rhyia pergi mandi dan tukar baju. Lepas tue, turun makan. Tok Wan nak dengar explanation dari Rhyia’Haji Daud hanya menganguk-angguk mengiakan kata-kata Hajah Rosmah.

‘baik Tok Wan,Tok Ki. Nanti lepas nie kita bagi explanation ok.’ Aku memanjat perlahan tangga,telingaku terdengar bebelan Tok Wan diselang- seli dengan suara Tok Ki.

*****

‘ eh..kau kenal tak dengan budak baru pindah tue’tanya Qaisyh sambil mebelek-belek buku notanya.

‘budak kelas sebelah tu ke?’Hairy hanya melihat temannya itu mengangguk-anggukkan kepalanya.

‘kalau tak silap aku, nama dia Rhyia tapi dia tue jenis sombong sikit’ ujar Hairy

‘maksud kau’ Qaisyh menoleh ke arah Hairy.

‘ala..biasa la budak bandar,mana nak berkawan dengan orang kampung macam kita’Hairy pandang sekilas wajah Qaisyh dan memeruskan pembacaannya yang terbantut.

‘ish..kau nie,mana kau tahu perangai dia macam tu’Qaisyh mula tutup bukunya dan memandang wajah Hairy .

‘alah..kau nie, cuba kau tengok , ada tak dia bergaul dengan budak kelas dia? Tak ada kan?’ ujar Hairy

‘ada la..Alia’ujar Qaisyh

‘tu sebab Alia tue cousin dia,no wonder lar ,hari tu aku ada dengar, ada orang usha dia and kau tahu tak apa yang si Rhyia tue cakap. Dia cakap yang budak tue low level mana setaraf dengan dia yang anak Datuk tue’Hairy pandang wajah Qaisyh yang tekun mendengar.

‘yang kau nak tahu sangat pasal budak Rhyia tue kenapa? Selama ni tak pernah aku dengar kau cakap pasal perempuan’ tanya Hairy sambil melihat raut Qaisyh yang penasaran.

‘saja je…ye lah dia kan student baru sekolah kita’ ujar Qaisyh.

‘Qaisyh..’panggilnya perlahan

‘yap…’Qaisyh berpaling,menunggu apa yang mahu dicakapkan oleh sahabatnya itu.

‘tak ada apa-apa’.ujar Hairy sambil menggeleng.

Hairy memandang Qaisyh yang kembali membuka buku notanya. Dia tahu yang ada sesuatu menganggu fikiran sahabatnya itu kerana sahabatnya itu bukan seorang yang suka mengambil tahu pasal orang lain apatah lagi seorang perempuan.namun untuk bertanya lebih lanjut dia malas, bukan sebab apa , bila tiba masanya sahabatnya sendiri akan bercerita.lagipun dia bukan jenis yang suka memaksa.


bersambung...


p/s : thanks coz baca even tak adalah best sangat and feel free to comment either criticize or cadangan and i will appreciate that. by the way,sambungan tue insyaAllah bile sah siap aku updated.thanks.

No comments:

Post a Comment