Saturday, March 12, 2011

TeArS

Assalamualaikum...

  dah lame tak updated, memang nak sangat2 updated tapi terlalu banyak kerja. sibuk sikit since dah dekat nak final. ade lar lebih kurang 1 bulan lebih lagi tapi tolak makan tidur...emm ..tak tahu lar ade berapa hari lagi.( dah mula membebel yang bukan2 )

  entry kali nie aku nak cerita kenapa aku pilih TEARS as name for aku punya blog. mungkin aku sorang je yang akan faham kenapa aku pilih TEARS, actually dah lame aku nak buat entry pasal nie tapi tak jugak buat2. since ada yang tanya so here the story.

 nak ringkas macam nie : 

TEARS a.k.a AIR MATA

   adalah sesuatu yang unik ( bagi aku lar ). dia akan datang walaupun kita gembira apatah lagi bila kita sedih. peneman yang paling setia. luahan perasaan yang paling lega. terlalu banyak perasaan yang telah aku kongsi dengan air mata. hadirnya air mata itu mengajar aku lebih banyak erti kedewasaan dan kematangan. bila air mata itu hadir dengan berita duka, berkali2 aku memujuk perasaan dan hati  bahawa Allah tak akan menguji kita  melebihi kemampuan kita,dan aku mula berfikir bahawa dugaan ini adalah sesuatu yang mampu aku hadapi  dan aku akan mula berfikir lagi  betapa orang lain terlalu banyak dugaan yang lebih berat daripada aku dan mereka mampu menaganinya kenapa bukan aku. dan hati akan mula terpujuk untuk redha dengan segalaya dan airmata itu melegakan hati yang dalam kesedihan.

  dan bila airmata itu memberi kebahagian, aku bersyukur kerana kegembiraan itu datang mengunjungi hidup aku tapi selalu teringat pada kata2 yang pernah aku baca, kegembiraan akan membawa kepada tangisan. lalu kegembiraan itu aku sambut  dengan serdahana dan mensyukuri nikmatNya.

  airmata adalah sesuatu yang terlalu dekat dengan diri aku.menklasifikasikan perasaan aku. bahkan terlalu banyak  perjalanan hidup ini barkaitan  dengan hadirnya airmata itu.lantas aku ingin megabdikan dalam penulisan aku walaupun sekadar penulisan biasa.

    aku nak tanya.. ade tak tiba2 hari itu korang rasa nak menangis tanpa sebab??dan merasa sedih tiba2 ?  ?( sekadar bertanya..jawapanya korang sendiri yang tahu..)


p/s : aku tak mengharapkan kamu semua akan faham tapi sekadar berkongsi cerita,kerana setiap orang akan
       mempunyai definasi yang berbeza tapi bagi aku ini adalah sebahagian dari definasi pengalam aku..
       ada apa dengan airmata itu???  ( entry yang agak serius )

1 comment:

  1. tiba2 rase na ngis ?
    n0 , saya akn nangis bila terharu , sdey n vise versa :)

    ReplyDelete